Ada apa di Korea Tourism Organization, Malaysia?

Salam dan hyeee semua...

haaaa hari ni sy nak cerita sikit pengalaman pergi ke Korea Tourism Organization (KTO), Malaysia. Ok untuk lokasi yg lebih specific, KTO ni terletak dalam Korea Plaza, di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur. Korang boleh pergi ke sini dgn drive sendiri, naik grab atau naik pengangkutan awam iaitu Bas Go KL (ini Free jeee, tak yah bayar) atau naik monorel dan berkenti di station raja chulan atau bukit nanas (cuma kena jalan sikit la..ok la exercise kaki kann..hehe ).

Ok, macam mana nak pastikan korang di menara Hap Seng yang betul? sebab kalau korang Waze, akan keluar menara hap seng 1 dan 2 pun ada. Pilih yang no.1 dan kat ground floor tu kalau nampak Maybank dan Starbucks coffee tu dah betul la tu.

Ok, nanti masuk je menara hap seng, jalan terus memang akan nampak dah 'Korea Plaza'.



Masuk je mmg jumpa KTO. Ok, kalau korang first time travel ke Korea, korang boleh dapatkan kad T-Money dan kupon diskaun booklet macam2 ada dan semua ni free je. Hanya perlu jawab survey simple ni je kat link ni: https://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-dkyw-2019/

Nanti lepas jawab survey tu akan dpt kod number, capture kod tu dan bawa ke KTO untuk dapat goodies yg free tuu.



Ok, ni nak share gambar2 menarik dalam KTO (>.<)

ni kaunter KTO, korang bagi kod survey tadi kat kaunter ni untuk collect free goodies (t-money card & booklet kupon diskaun..macam2 kupon ada kat booklet dia)




Pameran makanan Korea pun ada..nyum nyum


Pameran peralatan dan pakaian tradisional korea pun ada haaa ni..selalu korang tengok drama Korea raja2 permaisuri tu kan..ni la antara peralatan nya..



last sekali gambar pelakon2 drama or filem Korea pun ada ni tertampal sepanjang dinding..hihi

ok, sampai sini dulu review KTO i. Sembang kat post lain pula..tata






Comments