Salam dan apa khabar semua..
korang semua dah makan ke belum tu? hari ni saya nak belanja review mengenai Mee Kolok Sarawak. Mungkin ada yang belum pernah try makan mee kolok ni, betul tak? macam saya jujur inilah kali pertama saya makan mee kolok.
Mee kolok yang saya makan ni memang asli daripada owner orang Sarawak. Kedai yang saya makan ni nama dia Restoran Dapur Sarawak, owner dia pelakon Mahmud Alibasha tu. Mesti korang kenal kan? kalau google boleh inget dia berlakon selalu jadi bapa, kadang jadi bos.
Ok, kalau nak pergi ke restoran ni, ia terleta menuju jalan Genting Klang berdekatan dengan hospital KPJ Tawakal. Kalau Waze dapur sarawak memang boleh jumpa. Ni rupa restoran ni dari ruangan dalam. Memang teratur dan bersih.

Mee kolok ni ada ayam dan daging, tapi saya order mee kolok ayam kali ni. Mee dia memang asing siap2 daripada kuah dia. Mee dia macam style egg noodles tu cuma ni memang halus dan kenyal. Ada banyak taburan siatan ayam kat atas mee tu, dan bawang goreng. Untuk kuah sup dia, warna hitam cair dan ada campuran taugeh. Kuah sup dia sedap dan tak rasa berminyak. Cara makan dia, korang kena ambil kuah sup tu letak atas mee dan makan. Dia memang bukan style mee sup yang kuah kena banjir kat mee, yang mee kolok ni kuah cukup untuk makan dengan mee tu. Nak rasa pedas lagi, sebab mee kolok dan sup tu memang tak pedas. Jadi, kena tambah sambal lada kicap baru rasanya bertambah sedap dan pedas-pedas sikit.
selain menu mee kolok ni, saya sempat juga rasa satu lagi makanan sarawak, iaitu Pusuk. Nama dia pusuk, tapi rasa dia sebiji macam jemput-jemput ikan bilis tu. Pusuk Sarawak ni rangup dan sedap di cicah dengan sos merah. Sos merah ni rasa manis-manis sikit, jadi campur dengan pusuk memang la bertambah sedap.
Ok, kalau korang datang restoran ni, ada macam2 jenis kuih-muih juga dan semestinya ada kek lapis Sarawak. Ini antara gambar yang saya ambil, korang boleh tengok ada macam2 jenis kuih dan kek.
begitulah review kali ni. Korang yang dah pernah makan mee kolok boleh share komen di bawah.
byeee
Comments
Post a Comment