Apa khabar semua,
Hari ni saya nak sambung review mengenai produk MAC kosmetik. Tapi, bukan review bedak atau gincu MAC, tapi saya nak review bekas bedak compact MAC.
Untuk MAC studio perfect SPF foundation, kelebihan beli compact powder ni sebab korang hanya refill bedak tu kalau dah habis, tapi casing dia iaitu bekas letak bedak tu boleh guna lagi yang sama. Kan jimat kan. Tapi, casing lama MAC studio perfect ni warna dia silver dan silver kat casing dia tu mudah sangat tanggal kalau tercalar atau tergeser.
Ni saya tunjuk gambar casing/bekas bedak MAC studio perfect yang lama. Kalau tengok bekas lama ni, memang banyak kawasan silver tu dah tanggal sikit menyebabkan rupa casing ni nampak tak berapa sedap dipandang.
Jadi, saya beli casing MAC studio perfect ni yang baru dan wah sangat terpegun dengan design casing ni yang terbaru. Sebab apa? kerana part warna silver di luar permukaan tu dah tak ada dah. MAC dah gantikan dengan permukaan keseluruhan warna hitam tetapi hitam nya jenis yang kilat macam cermin, ala2 kereta lepas polish gituuu..hehe. Saya tengok memang tertarik dan untuk makluman, harga casing ni ialah RM54 jika korang berminat nak beli.
Antara gambar dari bahagian luar dan dalam casing MAC studio perfect ni:
Keseluruhannya, memang saya sangat berpuas hati dengan casing yang terbaru ni. Ok, sampai sini sahaja, jumpa lagi di post yang lain. Bye bye.
Comments
Post a Comment