Salam semua,
hari ni saya nak review makanan yang diberi nama 'cheong fun'. Cheon fun ni halal dan anda boleh dapatkan daripada kedai family mart. Harganya baru RM3.50. Saya singgah buat pertama kali nya ke cawangan family mart di Setapak, KL. Sebelum saya kongsi review Cheong fun tu, mari tengok layout family mart Setapak ni.
Agak luas ruang di dalam family mart ni, dan masa saya sampai dalam pukul 11 pagi hari Ahad ni, keadaan dalam kedai masih tak ada ramai sangat orang, dalam 2-3 orang je ada. Order makanan dan beratur sekejap je kat sini. Family mart Setapak ni ada sediakan 2 meja makan biasa muat 4 kerusi untuk 1 meja, dan ada 3 kerusi tinggi untuk meja tinggi. Selesa dan bersih family mart Setapak ni.
Ok, mari kita review Cheong fun ni. Korang akan dapat 1 bekas plastik dan 1 paket sos dengan harga RM3.50. Kat dalam paket sos ada 4 bungkusan kecil lagi iaitu sos hitam pekat, sambal, minyak bijan dan bawang goreng. Korang hanya tinggal taburkan semua sos tu ke atas Cheong fun dan boleh terus makan.
Kat sini saya tak campur sambal tu dengan sos-sos lain sebab bimbang nanti semua jadi pedas pula..hehe. Macam ni la kalau orang tak tahan pedas. Untuk rasa, Chong fun yang belum letak sos tu rasa sebiji macam kue teow yang lepas celur/rebus, rasa tawar dan kenyal. Memang kena letak sos, sebab rasa dia tak letak sos memang tak menarik. Yang sos hitam pekat tu rasa dia ada manis-manis. Sambal dia tu agak pedas juga, jadi jangan letak semua atau letak asing. Bawang goreng dia rasa rangup dan minyak bijan tu tak rasa sangat bila dah campur semua sos-sos tu.
Keseluruhan, saya bagi 4.5/10. Cheong fun ni boleh tahan la rasa dia cuma ada bau macam plastik sikit masa kunyah tu. Kalau diberi peluang, saya mungkin tak akan beli lagi Cheong fun family mart ni. Tapi kalau korang nak cuba, boleh dapatkan di Family Mart. Ok, Jumpa lagi di post yang lain.
Comments
Post a Comment