Review Ice Cream di Family Mart

Salam dan selamat pagi,

Hari ni excited nak bagi tahu yang saya first time menjejakkan kaki di Family Mart (FM) dan first time la juga try ice cream dan milk boba FM. FM yang sy pergi ni adalah di menara Hap Seng, ground floor betul2 depan kolam air pancut.

Ini pintu masuk dia dan keadaan di dalam FM tu





Masuk FM lepas makan tengahari, so sy try desserts dia iaitu ice cream perisa baru..jeng jeng nama dia 'Sea Salt Ice Cream'. Tengok nama ada garam tu dah risau dah, tapi nak try juga. Lepas rasa, wah memang sedap sebab tak ada la rasa masin asli yang macam garam tu, tapi rasa masin ni berlemak cream dan campur dengan rasa manis. Memang seimbang rasa masin dan manis dia. Warna dia pula macam ungu cream yang sangat cair.




Kat pintu masuk FM tu pula kalau tangok balik, dia iklankan Boba Milk dia. Boba Milk ni hanya ada milk dan boba pearls brown sugar tu, tak ada teh tau. Ni pun first time sy cuba. Yang saya pernah minum air bubble ni selalu memang ada teh. Yang ni boba milk je atau boba susu..hehehe translate ke BM. Ni gambar depan2 boba milk ni. Pearls dia ada kat dasar cawan tu, korang kena kacau dengen straw tu sebelum minum.



Lepas try sea salt ice cream dan boba milk, kita try pula matcha ice cream dia. Yang ni sy boleh cakap rasa dia memang sangat sedap dan matcha dia tu memang rasa real. Kalau nak compare matcha dan sea salt tadi, saya pilih yg matcha ni..hehe. Rasa dia ada pahit sikit-sikit tapi pahit sebab matcha tu tapi sedap rasa pahit dia. Rasa manis dia pun memang just nice, tak manis sangat. 


ok, sekian saja review kali ni. Kita jumpa lagi di next post.

Comments