Review Kasut Sukan Skechers

Salam dan hi semua...


hari ni saya nak review mengenai kasut sukan jenama Skechers. Saya pergi ke Aeon Big Wangsa Maju nak beli barang dapur. Kebetulan balik shopping groceries tu lalu depan kedai kasut Skechers yang baru je dibuka.

Apa lagi, banyak la signboard SALES, Half price, discounts semua keluar. Memang ada pernah terfikir nak cari kasut baru sebab sy suka jalan2 pakai kasut sport. Sebab sangat selesa. Kalau tak pernah try, cuba la korang pakai kasut sukan jalan ke luar gi mana2 la. Memang gerenti selesa.

Lepas tu, sy tengok kat bahagian rak 'half price'. So, harga kasut nya memang dah jadi murah2 la berbanding harga asal dia. Sy mula berkenan kasut warna kelabu tapi tak ada size pula. Maklumlah sales kan, mesti orang ramai dah beli..hehe.

Jadi, jumpa kasut warna biru gelap ni selamat ada size dan terus je sy beli tanpa tengok kat bahagian lain. Sebab tak nak terbeli lebih daripada sepasang karang..hihi.

So, kasut ni mula harganya before diskaun ialah RM300, tapi lepas diskaun half price dapat RM150. Ok sangat dah harganya ni. Balik rumah ni sy try lagi kasut ni dengan stokin sekali, memang lembut sangat tapak kat dalam kasut dia, macam pijak tilam. Pakai kasut ni jalan rasa ringan je kaki dan macam senang je nak hayun kaki ni. Lagi satu, memang tak rasa keras macam selalu kita pakai kasut baru kan dia macam rasa keras sikit kan. Ni pakai first time terus lembut dan selesa. Keseluruhannya, memang sangat berpuas hati dengan kasut Skechers yang sy beli ni.

Korang yang duduk area Wangsa Maju boleh la try singgah kedai Skechers ni kalau nak cari kasut sukan, sementara SALES masih ada.


ok, sampai sini dulu. Nanti kita sambung lagi di post yang lain...bye bye

Comments