Salam Ahad semua..
hujung minggu ni semua mesti sedang berehat di rumah kan? Ada yang plan nak makan di luar ke? tengah fikir nak makan kat mana ke? ok, hari ni saya share review makanan di restoran Swensens, yang terletak di Sunway Putra Mall, KL.
Rasa semua tahu Swensens ni memang terkenal dengan menu ice cream dia, tapi Swensens juga ada banyak menu ala-carte yang best. Jom kita tengok antara makanan yang ada di Swensens. Tapi sebelum itu, saya nak tunjuk rupa restoran ni dari luar dan dalam. Jom tengok
hujung minggu ni semua mesti sedang berehat di rumah kan? Ada yang plan nak makan di luar ke? tengah fikir nak makan kat mana ke? ok, hari ni saya share review makanan di restoran Swensens, yang terletak di Sunway Putra Mall, KL.
Rasa semua tahu Swensens ni memang terkenal dengan menu ice cream dia, tapi Swensens juga ada banyak menu ala-carte yang best. Jom kita tengok antara makanan yang ada di Swensens. Tapi sebelum itu, saya nak tunjuk rupa restoran ni dari luar dan dalam. Jom tengok
ok kalau tengok restoran ni, ruang makan dia agak besar dan selesa. Mari kita tengok makanan dia pula. Kalau datang sini kena try kentang goreng Swensens ni, sebab bukan kentang dia je sedap tapi ada dapat 2 sos yang sangat sedap ni, iaitu Mayonnaise dan Sos cili Swensens. Cicah kentang goreng tu dengan dua sos tersebut untuk rasa yang lebih hebat.
Jom pergi ke menu utama. Ini adalah set ayam goreng Swensens. Yang ni memang datang dengan 1 ekor ayam goreng. Tapi kalau korang nak order separuh pun boleh, cuma saiz seekor ayam dia tak berapa besar dan korang boleh makan habis 1 ekor ni seorang pun..percayalah..hehe. Sebab ayam goreng dia memang sedap. Saya boleh bagi 10 bintang.
Next menu, saya try buttered fillet fish. Ikan dia lembut di dalam dan rangup di luar. Kalau korang gemar fillet fish, boleh order menu ni datang Swensens. Set dia akan dapat kentang goreng, coleslaw dan sos hijau.
Yang ni adalah black pepper seafood pasta. Kalau korang tak minat lada hitam, jangan order menu ni sebab rasa lada hitam dia sangat kuat dan pekat. Isi pasta ni memang banyak dia letak, ada kupang, cendawan, fish fillet dan crab stick. Keseluruhan rasa ok la cuma rasa sos lada hitam terlalu kuat.
Nama menu ni chicken baked rice. Ada nasi sekali dengan ayam dan topping dia memang penuh dengan cheese. Kalau anda gemar kan cheese boleh order menu ni. Rasa dia boleh tahan sedap cuma cepat muak sebab cheese dia sangat banyak.
Ok untuk menu burger, ni nama dia Swensens ultimate chicken burger. Burger ni memang saya sangat sangat recommend. isi dia tebal, bun dia lembut, gabungan kedua nya memang padu. 10 bintang terus.
ok, ni antara menu yang saya try di Swensens. Satu lagi info menarik, kalau korang pergi Swensens dalam bulan Birthday korang ke, kawan ke, family ke, setiap pembelian makanan RM100 ke atas, korang akan dapat FREE ice cream Swensens.
Inilah ice cream FREE tu, memang meriah dan dia siap hidang dengan ice kering untuk effect dramatic ala2 frozen..ceh heheh..Ada 3 perisa iaitu vanilla, strawberry dan chocolate. Kat bahagian bawah ice cream tu ada taburan buah tapi saya tak sempat tunjuk dah makan..hehe
Untuk air pula, saya sempat try green tea, teh-O ice laici dan root beer dia. Semua air dia datang dengan gelas besar. Sedap dan berbaloi dengan harga.
Overall, memang puas hati makan di Swensens ni. Makanan sedap, minuman sedap, ice cream pun sedap. Cukup pakej. Korang boleh la datang ke sini juga untuk cuba makanan dia. Kalau nak sambut birthday pun lagi boleh. ok, sampai sini dulu. Bye bye
Comments
Post a Comment