Salam dan selamat sejahtera,
hari ni saya ada mood nak review satu lagi restoran. Saya pergi ke Restoran Homst ni minggu lepas. Restoran ni ada beberapa cawangan juga, tapi saya pergi yang cawangan di Kampung baru, Kuala Lumpur, bersebelahan sengam Plaza Rah Kg Baru. Kalau korang nak tahu, Restoran Homst ni menghidangkan pelbagai jenis menu masakan Cina Muslim.
Menu dia memang banyak, menghampiri 100 jenis menu, tapi saya sempat makan 4 Jenis hidangan untuk review kali ini. Jom kita tengok apa yang saya makan di Homst ni:
Says order nasi goreng seafood dia. Yang gambar first tu rupa makanan tu. Pinggan dia besar dan portion yang dia bagi pun agak memuaskan. Nasi goreng seafood dia ada rasa tomyam dan pedas tahap medium. Ada udang, sotong dan fish cake juga dalam nasi goreng dia. Cuma, sayur tak ada banyak dalam nasi goreng ni. Keseluruhan untuk nasi goreng seafood ni saya bagi 6.5/10 bintang.
Yang kedua, saya order sup dumpling. Isi dia ada campuran udang. Sup dia rasa light, tapi agak matin sedikit, dan ada sayur sawi juga dalam sup. Tepung dumpling dia lembut tapi kurang kenyal. Kalau yang ni saya bagi 6/10 bintang.
Menu ketiga, saya order Meehun goreng nyonya. Lupa nak snap gambar meehun tu saja. Tapi kat gambar bawah ni kat hujung kanan tu rupa meehun goreng nyonya dia. Portion dia memang banyak. Bau meehun nyonya ni memang harum sebab ada taburan hirisan bunga kantan kat atas dia. Ada banyak udang, fishcakes dan ada keropok ikan goreng juga dia bagi. Sama macam nasi goreng seafood tadi, dia tak banyak sayur dalam meehun nyonya ni dan tekstur dia agak berminyak sikit. Hanya ada taugeh untuk sayur dalam meehun nyonya ni. Rasa pedas dia tahap medium, saya yang tak tahan pedas ni masih boleh tahan makan meehun ni. Keseluruhan saya bagi 6.5/10 bintang untuk meehun goreng nyonya ni.
Ok, menu terkahir ni boleh dikatakan pencuci mulut. hehe. Saya order dim sum ayam kukus. Rasa dia macam makan pau ayam kukus tu. Yang ni dia akan hidang lepas korang makan menu utama semua. So, memang panas-panas lagi time makan ni. Tepung dia lembut dan isi dia pun banyak. 3 dim sum ni dalam RM9. Harga dia nak dekat sama macam dolly dim sum. Keseluruhan saya bagi dim sum ni 7.5/10 bintang. Lain kali boleh datang Homst ni untuk makan dim sum je pula. Dorang ada macam2 pilihan dim sum tau.
Baiklah, sampai sini dulu review kali ni. Jumpa lagi di next post.
Comments
Post a Comment