Salam dan Selamat pagi semua.
Hari ni saya nak sambung review mengenai restoran makanan Korea yang bernama 'KyoChon'. Restoran ni saya pergi di cawangan nya yang terletak di Pavilion KL hujung minggu baru ni. Simple je menu restoran ni sebab dia hanya ada ayam goreng untuk menu utama. Jadi, anda yang datang ke sini tak perlu berfikir panjang nak makan apa sebab kat restoran ni memang menu utama ialah ayam goreng. Cuma, yang jadi kelainan adalah ayam goreng dia ada pelbagai rasa, ada pedas, ada yang tak pedas, dan ada yang manis.
Ok, Sebelum kita tengok macam mana rupa dan rasa ayam goreng Kyochon ni, mari kita tengok layout restoran ni. KyoChon ni terletak berhadapan dengan kedai roti Lavender di Pavilion KL.
Ni tempat nak bayar. Kalau datang ke KyoChon, pekerja restoran ni akan tempatkan meja untuk anda, kemudian anda akan dapat menu. Lepas tu, korang boleh tekan butang call kat meja untuk order. Lepas makan semua baru bayar di kaunter.
Masa saya order hari tu, pekerja tu bagi tau kami untuk menunggu selama 20-30minit sebelum ayam kami sampai. ok ni menu restoran KyoChon ni. Kami order 2 jenis ayam goreng iaitu yang red pepper dan soy garlic. Dua2 kami ambil yang 12 ketul. Untuk air pula, kami order Korean Teas semua jenis iaitu Bori, Oksusu dan Nok-cha. Korea Teas korang boleh tambah lagi kalau dah habis. Memang berbaloi.
Untuk Bori-cha, rasa dia macam teh hijau. Kalau oksusu-cha, pekerja KyoChon ni kata rasa macam jagung, tapi saya minum tak rasa jagung, rasa macam minum teh-O panas tiada gula. Yang Nok-cha pula rasa dia macam roasted barli. Semua teh ni memang tak ada gula dan korang boleh minta nak panas atau sejuk. Kalau sejuk, nanti pekerja dia akan bagi ais. Tapi bagi saya, saya lebih suka yang panas. Baru rasa dan bau harum teh tu masa minum. ceh gitu..
untuk ayam goreng dia pula, memang kami order 12 ketul untuk setiap jenis tu tapi saiz ayam dia memang comel2 semuanya. Jadi walaupun korang order 12, korang pasti boleh habiskan sebab saiz comel dan korang tak sedar korang dah makan 12 ketul. hehe. Rasa ayam goreng ni yang soy garlic tu memang tak pedas, rangup dan rasa bawang putih dia sampai ke isi. Sedap sangat. Untuk yang ayam goreng red pepper, ada rasa pedas sikit tapi campur manis-manis. Ayam goreng ni ada salut dengan sos merah. Rasa dia ok la bagi saya, cuma, sebabkan dia ada rasa manis-manis tu, jadi saya lagi gemar yang soy garlic tadi.
Lagi satu bonus yang best, dia ada bagi salad campur kat mangkuk kecil tu. Salad dia memang segar dan best sangat. Rasa salad ni jadi sedap sebab dressing salad dia ni memang sedap. Tak tahu dorang bubuh sos apa kat salad tu, tapi memang buat salad dia jadi sedap.
7/10 bintang
Ok sampai sini saja review kali ni. Jika anda ada peluang atau lalu depan KyoChon ni boleh try makan ayam goreng dia. Jumpa lagi di next post.
Comments
Post a Comment