Salam semua...
hari ni saya nak review beberapa makanan di 'my dimsum colors' restoran yang terletak di Melawati Mall, KL. Kalau anda datang ke mall ni, boleh pergi ke level 3 dan singgah makan di my dimsum colors. Jangan risau, makanan di kedai ni halal.
Says order 3 jenis makanan iaitu pertama, 'mee tarik in spicy soup with chicken dumplings'. Harga dia RM15.90. Mee Tarik dia memang datang dengan kuah sup warna merah. Seram dah ingat sangat pedas, tapi bila dah try, tak ada la rasa pedas tu. Kuah dia rasa sedap, lagi makan panas2, cuma agak berminyak sikit dan tak ada sayur. Mee dia pula memang kenyal dan tak tebal. Dumplings dalam 1 mangkuk tu dia bagi 3 ketul, dan isi dia banyak. So, saya bagi 7/10 bintang untuk mee tarik ni.
Kedua, saya order dimsum dengan nama 'steamed salted egg custard bun'. Dia datang dalam bekas pengukus kayu tu. Ada 3 ketul bun untuk harga RM8.90. Yang ni bun dia memang sangat lembut dan isi custard dia letak memang banyak. Saya koyak je bun tu untuk bahagi dua, terus melimpah isi custard tu ke jari. Saya bagi 9/10 bintang untuk bun ni.
Ketiga, saya order dimsum juga dengan nama 'steamed crystal shrimp dumpling har gao'. Yang ni pun dia hidang dalam bekas pengukus kayu dan ada 3 ketul dalam setiap bekas. Harganya RM8.90 juga. Dimsum udang ni kena makan panas-panas baru lagi sedap. Sebab saya makan dah sejuk, jadi kulit luar dia rasa liat dan keras sedikit. Tapi, isi dia memang betul isi udang yang di potong kasar. Saya bagi 7/10 bintang untuk dimsum udang ni.
Untuk minuman pula, saya order 'Chinese king tea'. Yang ni harga nya RM6, dan korang boleh refill kalau dah habis. Dia hidang dalam teko cina yang ada tangkai. Memang comel teko dia. Satu set dengan cawan teh juga. Rasa teh ni harum dan tak pahit. Tak ada letak gula pun dalam teh ni. Sangat sesuai kalau korang risau nak minum manis-manis. Saya bagi 10/10 untuk teh ni. Bintang penuh sebab sangat sedap dan saya refill teh ni sampai 4 kali..hehe

Ok, jumpa lagi di post yang lain.
Comments
Post a Comment