hai all, selamat bercuti hari ni. Panjang cuti minggu ni kan dari sabtu sampai isnin. Korang pergi jalan-jalan mana tu? pergi makan luar ke tu?
Saya ada pergi ke satu restoran Korea, nama dia Goobne dan terletak di mytown cheras. Jom baca review saya mengenai rasa makanan kat kedai ni. Untuk pengetahuan u all, Goobne ni memang berasal dari Korea dan dia buka cawangan banyak di beberapa negara termasuklah Malaysia.
Ok, ni rupa buku menu dia. Yang menarik di Goobne berbanding kedai makanan Korea lain, dia nya ayam di goreng tanpa pakai minyak, tapi dia bakar menggunakan oven. Dia juga ada banyak makanan Korea yang dia tambah cheese dan lagi satu korang kalau nak makan pakai tangan pun boleh, dia akan bagi sarung tangan plastik. Jadi korang tak perlu susah-susah nak cuci tangan lepas makan.
Saya order Goobne deep cheese yang belah kanan ni. Cheese dia tabur banyak memang melimpah-limpah. Kalau korang memang suka cheese, boleh order ayam ni. Saya order yang 8 pieces wing, dan rasa dia betul tak berminyak macam ayam goreng biasa, tapi still moist dan lembut. Serbuk cheese dia pun sedap, rasa manis-manis sikit.
Saya juga order volcano cheese tteok-bokki. Harga dia RM32.9 dan boleh makan 2-3 orang. Yang ni memang cheese dia meleleh dan melimpah. Dia hidang atas hot plate hitam tu, cheese dia memang keliling tteok-bokki tu. Nanti waiter tu akan tolong gaulkan cheese tu untuk korang. Korang tinggal makan je..hehe. Rasa dia tak pedas sangat, cuma tteok-bokki dia size kecil sangat. Tapi dia bagi kubis banyak sangat, dan ada fish cake dan telur rebus 1 biji juga.
Pastu, saya order leek pancake with seafood juga. Nama Korea dia pajeon. Rupa dia tipis macam lempeng u all buat sarapan ke minum petang tu..hehe. Rasa dia tawar je kalau makan camtu, korang kena cicah dengan sos macam rasa kicap dia bagi tambahan. Yang leek pancake ni agak berminyak sikit, leek dia bagi sangat banyak dan seafood dia bagi sotong dan ada udang juga.
Untuk air, saya order green tea dan corn tea. Dua air ni korang boleh refill banyak mana korang nak. Tak ambil gambar pula..hehe. Ok nak bagi bintang, untuk ayam wing cheese tu saya bagi 9/10, untuk tteok-bokki dia saya bagi 7/10 dan leek pancake tu saya bagi 6/10.
Korang kalau nak try boleh cuba menu ni atau boleh order makanan lain juga.
Comments
Post a Comment