Hello semua,
kali ni saya nak review dessert pula iaitu Cendol. Ni bukan sebarang cendol, tapi Teochew Cendol tau. Saya balik Johor baru-baru ni, ayah saya ajak makan cendol ni di Sogo JB. Dia tak putus-putus cakap cendol ni sedap, kena cuba dulu baru tau betul2 sedap.
Ok, jadi saya singgah makan cendol ni sebab nak rasa betul ke sedap ni. Masuk je kedai Teochew Cendol ni ingat hanya jual cendol semata, tapi dia ada jual macam2 makanan lain juga seperti asam laksa, mee kari etc.
Tapi saya datang ni memang nak rasa cendol dia, so order la cendol dia ja. Kalau tengok tekstur dan warna je memang dah nampak menarik sangat dah cendol dia ni. Kuah santan dia pun pekat, dia bagi kacang merah pun banyak, yang tepung cendol warna hijau tu pun lembut. Lagi satu, ais dia memang dia shave betul2 halus. Jadi kalau makan tu takde la gigit-gigit ais. Cuma, satu je, rasa dia terlebih manis sikit. Jadi, korang mas nak order cendol ni boleh bagi tau awal2 kat orang kedai tu kurangkan sikit manis kalau order cendol dia tau.
Lagi satu yang saya rasa cendal ni bertambah sedap ialah kerana dia hidang dengan sudu kaca style cina tu. Memang rasa nostalgik la kalau makan cendol ni ditambah pula dengan suasana kedai dia macam ala2 warung, tapi duduk dalam shopping mall tu..hehe

Overall, memang puas hati. Saya bagi 9 per 10 bintang. Kalau kurang sikit manis tu memang dapat 10 bintang penuh.
Comments
Post a Comment