Review Set Lunch di Restoran Manhattan Fish Market

Salam dan apa khabar semua,

u all dah lunch ke belum? saya baru balik lunch dan kali ni saya nak review set lunch di restoran Manhattan Fish Market. Restoran Manhattan Fish ni ada buat promosi lunch sekarang yang bermula hari ini. Ada dua jenis set lunch iaitu set lite lunch yang berharga RM15 dan set value lunch yang berharga RM9.90 sahaja. Memang murah dan berbaloi. Jom tengok review saya.

Untuk set lite lunch, kalau u all order, dia akan bagi soup of the day juga. Sup dia memang banyak dia bagi. Rasa dia macam sup cendawan dan ayam campur dengan broccoli kisar halus. Dia bagi juga roti bakar untuk cicah dengan sup ni. Memang sedap kaw kaw sup dia. Pekat dan rasa herba sup tu.
Ni rupa set fish and chips tu. Konsep dia plateless sebab dia akan bagi makan atas kertas minyak macam ala2 shellout. Fillet ikan dia pun crispy dan dia hidang dengan kepingan potato chips. Memang sedap gabungan dua2 ni, sama2 rangup. Untuk set fish and chip ni saya bagi 10/10 bintang.



Menu kedua set lite lunch yang sy order ialah Glory Dory. Untuk set ni ada nasi, campuran sayur dan fillet ikan dory. Untuk nasi dia, saya rasa macam nasi butter. Cuma, akan cepat muak lepas beberapa suap. Sayur dia fresh dan dia rebus pun tak sampai layu sangat. Ikan dory dia agak bersaiz kecil tapi rasa nya boleh tahan juga sedap, Untuk set ni saya bagi 6/10 bintang.

Ok, next saya nak review set value lunch dia pula. Saya order Fish Burger. Mula saya fikir portion set value lunch ni mesti tak berapa besar sebab harganya yang murah hanya RM9.90. Memang terperanjat sebab besar sangat portion dia bagi. Sebelum ni memang saya tak pernah try makan burger ikan. Macam burger ayam dan daging tu biasa dah makan. So, rasa burger ikan ni memang sedap dan padu. Roti burger dia pun lembut. Dia hidang juga dengan salad segar dan potato chips. Sos dalam cup yang dia bagi tu pun memang sedap sangat. Rasa dia macam sos sesame kewpie tu. Korang cicah burger ikan tu dengan sos tu memang pejam mata makan..hehe. Untuk set ni saya bagi 10/10 bintang juga. 


Ok, dah habis review makanan. Just nak inform, kalau u all pergi restoran Manhattan Fish ni, u all boleh download app "Bite & Bites" untuk dapat air mocktail percuma. Air mocktail ni kalau u all beli harga dia RM12 segelas. So, korang boleh dapat free kalau download dan register app ni, tunjuk pada pekerja kedai ni dan dia akan scan kod korang dah register tu. Then, korang leh dapat air mocktail ni free. Saya pun dapat air ni free tadi sampai 4 jenis mocktail berbeza sebab 4 orang download app ni. Sangat berbaloi. Korang pun boleh cuba juga.


Ok sampai sini dulu review kali ni. Jumpa lagi di post yang lain.



Comments