Salam dan apa khabar semua?
hari ni saya nak belanja review ice cream dari Tokyo milk cheese factory. Kedai ni terletak di Pavillion, KL dan dia memang berasal dari Jepun. Setakat ni, kedai Tokyo milk cheese factory ni hanya ada di 2 negara di luar Jepun iaitu di Singapura dan Malaysia. Tengok meja dia comel kan? hehe
kedai ni ada macam-macam desserts dan bisckut tapi hari ni saya nak review ice cream dia. Ice cream dia pun ada 3 pilihan tapi ada 2 perisa sahaja iaitu susu dan keju. Even dia nya cone pun perisa keju. Kalau korang nak try dua2 perisa tu boleh order cow cow twist. Dia akan campur keju dan susu. Harga dia kalau dalam cup murah sikit berbanding dalam cone.
Saya nak try dua2 perisa jadi saya order cow cow twist tu. Satu dalam cup , satu dalam cone. Rasa ice cream dia memang sangat pekat. Rasa susu dia pun sungguh pekat tapi ice cream dia tak bau la lembu macam minum susu lembu fresh tu. Keju dia pun rasa dan tekstur dia sangat pekat. Memang rasa keju asli. Kalau korang tak suka keju, baik order perisa susu je. Mula saya makan yang keju je memang rasa muak, tapi sebab saya campur dengan susu, rasa nya dah balance. Tapi still muak nak habiskan sebab scope yang dia bagi memang portion besar.
Mungkin sebab saya makan ice cream ni betul2 lepas makan tengahari. So, perut masih kenyang sangat dan portion ice cream dia besar. So, next time kalau u all nak makan ice cream ni boleh beli 1 dan share makan atau makan ice cream ni time perut tak kenyang sangat. Overall, saya bagi 8/10 bintang.
ok sampai sini dulu. bye
Comments
Post a Comment