Review makanan di Paul French Bakery

Salam dan hello semua pembaca,

hari ni saya nak review makanan di Paul French Bakery. Paul ni ada banyak cawangan kat KL. Yang saya pergi ni di cawangan Intermark KL. Memang pertama kali saya makan di Paul ni. Kedai dia memang Western style dan makanan dia pun semua Western style. Jom kita terus ke review makanan dia. Harga makanan dia bermula dari RM5 ke atas.



First, saya order almond croissant. Rupa dia mula-mula saya tengok memang terus terpikat dah. Rasa dia pula memang sesedap rupa dia tu. Memang padu. Almond yang dihiris halus banyak dia tabur kat atas croissant tu dan rangup-rangup semua almond dia. Roti croissant dia pun rangup dan bahagian tengah dia ada jem manis. Dia letak almond cream, rasa dia memang sedap. Manis dia pun seimbang sebab dah balance dengan roti dan almond tu. Almond croissant ni harga dia RM9 tapi memang sangat berbaloi makan. Kena dengan harga dia. Saya bagi 10/10 bintang.


Kedua, saya makan ham & cheese croissant. Dia akan panaskan dulu. Yang ni pun tak kurang hebat dari almond croissant tadi. Paul ni memang kepakaran dia croissant la saya rasa..hehe. Ham chicken dia bagi dan cheese dia tak terlalu banyak dan tak terlalu sikit dia bagi. Rasa croissant dia pun rangup. Campur rasa croissant dengan ham dan cheese, so, macam lemak2 dan rangup. Memang sedap. Saya bagi 9/10 bintang.

Ketiga, saya makan ham &cheese toast. Yang ni pun waiter tu akan panaskan dulu untuk kita sebelum dia serve. Sebenarnya yang ni rasa dia lebih kurang yang ham & cheese croissant tadi, cuma, yang ketiga ni dia ganti croissant dengan toast (roti 2 keping). Tapi, bagi saya, saya suka yang dengan toast ni lagi sebab kombinasi ham dengan cheese tu lagi kena. Lagi satu, nak makan pun kurang sepah berbanding yang croissant tadi sebab serpihan croissant tu kalau kita gigit dia mudah bersepah. Berbanding dengan toast ni memang bersih tak ada serpihan cebisan roti. Saya bagi 10/10 bintang.

Keempat, saya minum air green tea dia. Memang klasik dan elegan sungguh packaging green tea dia. Green tea dia lain dari yang lain sebab kat uncang teh dia tu memang nampak cebisan daun green tea.  Kalau green tea biasa, dia dah hancur halus kan daun dia. Yang ni sebab daun green tu memang nampak cebisan besar2, so, kalau rendam lama sangat, rasa dia lebih pahit sikit berbanding green tea biasa. Tapi memang terasa la green tea tu dan bau dia harum. Macam minum air herba pun ada. Saya bagi 9/10 bintang.


Overall, saya sangat berpuasa hati makan di Paul. Memang harga dia agak mahal sedikit berbanding kedai pastry yang lain tapi saya rasa berbaloi dan memang kita dapat balik kualiti makanan yang setimpal dengan harga kita bayar tu. Lain kali saya memang nak pergi lagi singgah di Paul jika ada peluang dan nak cuba makanan lain pula. Ok bye.


Comments